BANYAK MEMBERI TANDA SYUKUR
“Dan Dialah yang telah mengurniakan kepada
kamu apa-apa yang kamu hajati. Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah pasti
kamu tidak dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya manusia itu sangat
suka meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya serta tidak menghargai nikmat
Tuhannya.”(Surah Ibrahim 14:34)
Kita akan membahaskan mengenai kewajipan
bersyukur atas segala kurniaan Allah yang tidak terhitung. Imam Sya’rawi
menulis dalam Mukjizat al-Quran bahawa lafaz kesyukuran itu sendiri pun
diturunkan oleh Allah menerusi firman-Nya bagi mengimbangi kurniaan nikmat-Nya
yang terlalu banyak.
Apa Itu
Syukur?
Syukur dari segi bahasa ialah suatu tindak
balas yang baik sama ada menerusi perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan
yang diterima oleh seseorang. Sesuatu kebaikan sering dibalas dengan perkataan
atau perbuatan yang baik sebagai menghargai kebaikan yang telah diterima.
Dari segi istilah tasawwuf, Ustaz Rashidy
Jamil Al-Rashid menukilkan pendapat sebahagian ahli sufi yang menjelaskan
takrif syukur:
Ibn ‘Alan al-Sidiqi.
|
Pengakuan terhadap
nikmat yang diterima dan sifat suka membantu. Sesiapa yang bersifat
sedemikian maka digelar syakur (orang yang bersyukur).
|
Al-Junayd al-Baghdadi
|
Apabila kamu
menyedari bahwakamu bukanlah pemilik kenikmatan yang telah diperoleh
sebaliknya ia milik Allah.
|
Al-Syeikh Muhammad ‘Abduh
|
Apabila seseorang
menggunakan dan memanfaatkan segala nikmat kurniaan Allah.
|
Ibn ‘Ujaibah
|
Kebahagiaan hati
atas nikmat yang diperoleh. Ia diiringi dengan mengarahkan seluruh anggota
tubuh tunduk dan patuh kepada-Nya serta mengakui dengan penuh rendah hati
terhadap keluasan nikmat yang diterima Allah.
|
Ibn ‘Athaillah
|
Sesiapa tidak
mensyukuri nikmat, maka dia telah menghilangkan nikmat tersebut. Dan
sesiapamensyukurinya, maka dia telah mengikatnya.
|
Secara kesimpulannya dapat difahami bahawa
kesyukuran ialah pengakuan sifat lemah para hamba dalam mengaungkan zat-Nya
yang diiringi oleh pelaksanaan ketaatan pada-Nya semata-mata yang meliputi
zahir dan batin.
Mengapa
Mesti Bersyukur?
Syukur maqam yang tinggi meliputi hati,
lisan dan anggota badan. Syukur merangkumi sifat sabar, reda, puji-pujian dan
dibuktikan dengan amal. Oleh itu, Allah memerintahkan para hamba-NYa agar
sentiasa bersyukur.
“ Ingatlah Aku, Aku akan mengingati kamu.
Bersyukurlah dan jangan ingkar kepada-Ku.”( Surah al-Baqarah 2:152)
Rasulullah sendiri sentiasa menghidupkan
malam dan berdiri dihadapan Allah denga khusyuk semata-mata untuk menyatakan
kesyukuran Baginda kepada-Nya. Apabila ditanya, Baginda menjawab: “Adakah tidak
boleh menjadi hamba yang bersyuku?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Baginda mewasiatkan kepada Muaz ibn Jabal: “Aku
wasiatkan kepadamu wahai Muaz, agar engkau sekali-kali tidak lupa mengucapkan
setiap kali selesai solat: “ Ya Allah tolonglah aku supaya tetap ingat
kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadah dengan baik kepada-Mu.” (Riwayat
Abu Daud)
AL-Junayd
dan Seorang Pemuda
Ketika seorang pemuda yang ditimpa penyakit
yang parah berkesempatan bertemu dengan al-Junayd, pemuda itu memohon doa
untuknya agar penyakitnya itu sembuh. Lalu al- Junayd menasihatinya: “Wahai
saudara! Ketahuilah, kesabaran ketika sakit bukti kamu bersyukur sewaktu sihat.”
Subhanallah!. Betapa kesyukuran itu mesti
diungkapkan dalam apa-apa jua keadaan sekalipun kerana nikmat kurniaan Allah
kepada kita terlalu banyak dan tidak akan mampu dihitung. Bersyukurlah, kita
akan dikurniakan kurniaan yang lebih banyak.
Jom kita
pakat-pakat bersyukur. Moga-moga kita akan dirahmati Allah.
Dipetik
dari Majalah Solusi #56 MS 35
Tiada ulasan:
Catat Ulasan