SPI PAHANG

Selasa, 18 April 2017

BACAAN SECARA KRITIKAL


    Sekitar tahun 1965-1971, seorang wanita bernama Waneta Hoyt telah mendakwa kematian lima orang anaknya (satu persatu), setelah beberapa bulan dilahirkan . Kes ini telah menarik perhatian para pengkaji dan saintis.

    Dr. Alfred Steinchneider, seoang pakar pediaktrik, mengaitkan kematian anak-anak Hoyt dengan SIDS dan sleep apnea. Beliau menulis satu artikel ilmiah dan diterbitkan dalam sebuah jurnal berprestij, Pediatric. Kemudiannya, kajiannya dirujuk dan dipetik oleh sarjana lain selama bertahun-tahun, tanda ketinggian mutu hasil kajian tersebut.

    Bagaimanapun, pada tahun 1985, Dr. Linda Norton sebagai seorang pakar patologi forensik, telah mengesan "bau jenayah" setelah membaca artikel Dr. Steinchneider. Dr Norton percaya bahawa anak-anak itu  tidak mengalami SIDS tetapi merupakan satu jenayah bunuh yang dilakukan oleh ibunya.

    Dr Norton hairan mengapa tiada tindakan perundangan dibuat dan tiada saintis yang menyedarinya, lalu bekerjasama dengan pihak pendakwa raya untuk mendakwa kes tersebut. Akhirnya, setelah disiasat polis, Waneta Hoyt mengaku telah membunuh anak-anaknya. Mahkamah menghukunya penjara selama 75 tahun.

   Dr Norton membaca kajian Dr. Steinchneider dengan kritikal dan tidak menerima bulat-bulat. Pengamatannya dalam membaca kajian Dr. Steinchneider telah mencetuskan kontroversi sehingga berjaya mendapat keadilan bagi pihak anak-anak Hoyt yang mati dibunuh ibunya.

    Begitulah dalam membaca apa-apa karya ilmiah sekalipun, lebih-lebih lagi bahan agama. Kita perlu berfikir, bersabar untuk mengkajinya, memandang dari sudut yang lain dan mendapat pandangan kedua.

Dipetik dari Majalah Solusi #56 MS 97

Tiada ulasan:

Catat Ulasan