Biasakan yang kanan pada perkara-perkara berikut:
- Bersikat,memakai kasut dan bersuci.
“Rasulullah
lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala urusan (perbuatan) seperti
memakai kasut , bersikat, dan bersuci.” (Riwayat al-Bukhari, dan Muslim)
- Makan dan minum
“Apabila
seseorang antara kamu makan hendaklah ia makan dengan tangan kanan dan minum
dengan tangan kanan, kerana sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kirinya
dan
minum dengan tangan kirinya.” (Riwayat Muslim)
- Tidur
“Apabila
kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu, hendaklah kamu berwuduk seperti
wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung sebelah kanan
kamu.”
(Riwatyat al-Bukhari dan Muslim)
- Berwuduk.
“Jika kamu
ingin mengenakan pakaian dan berwuduk, mulalah dengan sebelah kananmu.”
(Riwayat Abu Daud)
- Memandikan jenazah.
“Apabila
kaum wanita memandikan jenazah Zainab puteri Rasulullah, mereka mendahulukan
tangan kanan daripada tangan kiri, kaki kanan daripada kaki kiri, sisi kanan
berbanding sisi
kiri, kerana Rasulullah telah berpesan kepada mereka: “Mulakan
dengan anggota-anggota
badan sebelah
kanan.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
- Mencukur rambut.
Anas
menceritakan Rasulullah (dalam musim haji) pergi ke Mina. Setelah melontar
jamrah,
Baginda kembali ke tempat menginap di Mina dan menyembelih unta.
Kemudian Baginda
berkata kepada tukang gunting : “Ambil sini (dulu) .”Baginda
menunjukkan bahagian kanan
kepala dan diteruskan dengan bahagian kepala kiri kepala.(Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)
- Keluar dari tandas.
Melangkah
dengan kaki kanan dan membaca doa: غفرانك “Keampunan-Mu (yang
kuharapkan).” (Riwayat Abu
Dawud)
- Masuk ke masjid
Anas bin Malik berkata: ”Termasuk sunah apabila engkau masuk masjid,
untuk mendahulukan
kakimu yang kanan dan apabila engkau keluar, dahulukan kaki
kirimu.” (Riwayat al-Hakim)
Jom pakat amalkan moga-moga mendapat keberkatan.
#Dipetik dari Majalah Al-Ustaz 15 MS 81
Tiada ulasan:
Catat Ulasan