IKHLAS
Dalam
al-Quran, Allah s.w.t. menceritakan tentang seseorang yang mempelajari dan
memahami ayat-ayat al-Quran yang sampai kepadanya. Namun dia mencampakkan
ayat-ayat tersebut dan tidak mengamalkannya. Lalu Allah memebrikan kekuasaan kepada
iblis untuk menguasai dan menyesatkannya.
“Dan
bacakanlah kepada mereka berita yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat
Kami, kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu lalu dia diikuti oleh
syaitan ( sampai dia tergoda ) , maka jadilah dia termasuk orang-orang yang
sesat.” (Surah al-A’raf ayat 7:175)
Menurut
sebahagian ulama tafsir, seseorang yang dimaksudkan oleh Allah ialah seorang
lelaki dari negara Yaman bernama Bal’am bin Bua’ura’. Pada mulanya dia dia
seorang yang soleh, tetapi akhirnya menjadi orang kafir.
Imam
Ibnal-Jawzi meriwayatkan sebuah kisah menarik dari Hasan al-Basri namun tidak
dapat dipastikan adakah kisah tersebut sahih atau sebaliknya. Kisah ini
menggambarkan kemampuan manusia mengalahkan syaitan ketika dia ikhlas kerana
Allah dan syaitan boleh mengalahkan manusia tatkala dia sesat.
Pada masa
dahulu ada sepohon pokok yang selalu menjadi sembahan dan pujaan orang ramai. Kemudian seorang ahli
ibadah menyaksikan perbuatan syirik itu dan dia bertekad untuk menebangnya.
Keesokan
harinya si abid datang membawa kapak untuk menebang pokok tersebut aagar tidak
ada lagi orang ramai yang menyembahnya.
Dipertengahan
jalan si abid dihalang oleh iblis yang menjelma sebagai seorang lelaki. Iblis
bertanya: “Kamu hendak ke mana?”
Si abid menjelakan
tujuannya: “Aku hendak menebang pokok yang menjadi sembahan orang. Aku sudah
berjanji kepada Allah yang aku akan menebangnya.”
Iblis pun
berkata:”Mengapa kamu sibuk dengan urusan mereka? Bukankah mereka telah sesat
dan jauh dari rahmat Allah.”
Si abid
tidak mengendahkan kata-kata iblis dan mereka bergaduh. Akhirnya si abid dapat
menewaskan iblis yang menjelma sebagai lelaki itu dengan mudah. Iblis tidak
berputus asa lalu memikirkan muslihat lain untuk menghalang si abid.
Iblis
membuat helah:”Wahai orang yang sangat tingg imannya kepada Allah, daripada
kamu menebang pokok itu lebih baik kamu pulang. Sebagai gantinya kamu akan
mendapati ada dua dinar di bawah bantalmu setiap hari apabila bangun tidur.”
Mendengar tawaran iblis, si abid mulai tertarik dengan tawaran iblis dan di
pulang ke rumah.
Keesokan
pagi, ketika bangun tidur, dia mendapati ada dua dinar di bawah bantalnya
sebagaimana yang dijanjikan oleh iblis. Si abid sangat gembira dan perkara
tersebut berlaku selama tiga hari berturut-turut.
Pada hari
keempat, wang yang sepatutnya dia peroleh di bawah bantal tiada lagi. Ini
menjadikan si abid marah kerana berasa ditipu. Lalu dia mengambil kapak dan
menuju ke tempat pokok yang hendak ditebangnya dahulu.
Sebagaimana
sebelumnya, si iblis yang menjelma sebgai manusia menghalangnya lagi. Sambil
tersenyum si iblis bertanya: “Kamu hendak ke mana?”
Si abid
menjawab:”Aku hendak menebang pokok yang sering menjadi sembahan manusia.”
Iblis
berkata dengan nada ejekan:”Kamu telah berdusta dan kamu tidak mungkin dapat menebangnya.
Tetapi si
abid tetap berkeras mendekati pokok tersebut untuk menebangnya. Maka mereka
berkelahi tetapi dengan mudah iblis dapat mengalahkan si abid.
Lalu si
iblis mencekiknya sehingga hampir mati. Iblis berkata:”Tahukah kamu siapa aku
sebenarnya? Aku syaitan. Pertama kali kamu datang hendak menebang pokok itu,
aku tidak mampu mengalahkan kamu kerana kamu ikhlas kerana Allah. Lalu aku
memujuk kamu dengan dua dinar sehingga kamu terpengaruh dengan tawaran aku.
Namun kali ini kamu hendak menebang pokok itu kerana marah tidak mendapat wang,
maka ketika itu aku dapat mengalahkan kamu.”
#Jom Pakat
Betulkan NIat Ikhlas Kerana Allah.
#Dipetik
dari Majalah Solusi 56 MS 99
Tiada ulasan:
Catat Ulasan