SPI PAHANG

Jumaat, 14 April 2017

INGAT DAN LUPA




Ingat Dan Lupa

INGATLAH.

1. Dosa kita kepada orang lain dan juga dosa kepada Allah. Ingatan ini akan mendorong kita untuk meminta maaf sesama manusia dan memohon ampun kepada Allah. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang mudah untuk sentiasa meminta ampun dan maaf atas kesalan yang kita lakukan.

2.Kebaikan yang telah orang kepada kita apatah lagi kebaikan Allah kepada kita. Ingatan ini akan mendorong kita untuk sentiasa rasa bersyukur. Orang yang sentiasa bersyukur jiwanya tenang dan dikasihi Allah.

LUPAKAN.

1. Kesalahan orang kepada kita kita apatah lagi hukuman Allah terhadap kita. Dengan mengamalkan sikap ini, kita akan sentiasa terdorong untuk bersikap bersangka baik sesama manusia bahkan juga terhadap Allah. Moga-moga kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang sentiasa bersangka baik .

2.Amalan baik kita kepada orang apatah lagi ibadah kita kepada Allah. Dengan sentiasa melupakan kebaikan yang telah kita lakukan kepada orang lain, akan tercernalah sifat ikhlas dalam diri kita. Ia juga akan mendorong kita untuk sentiasa menambah kebaikan dalam kehidupan seharian.

JOM KITA PAKAT AMAL.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan