Surah “Manusia”
Profil Surah
- An-Nas: Manusia
- Mengandungi enam ayat
- Surah Makkiyyah
- Surah terakhir (ke-114) dalam mushaf.
- Turun serentak dengan surah Al-Falaq. Uqbah bin Amir menceritakan Rasulullah bersabda kepadaku: “Baru turun kepadaku beberapa ayat yang tidak pernah ada ayat sepertinya sama sekali; dua surah pelindung”. (Riwayat Muslim)
Cetusan
Isyarat huruf sin
Kesemua ayat dalam
surah manusia ini berakhir dengan huruf dan rima yang sama,”…..as”. Barangkali
melalui sifat huruf sin yang berhembus ini Allah menguatkan lagi pesanan agar
berwaspada dengan bisikan jahat yangmemasuki hati secara halus dan lembut dan
hembusan.
ReSolusi
Sekurang-kurangnya
surah manusia ini hendaklah mengingatkan kita bahawa:
1. Allah ialah pengurus (rabb), pemilik (malik) dan sembahan (ilah)
manusia. Maka hanya Allah mampu menyelamatkan kita daripada apa jua kejahatan.
2. Allah berkuasa melindungi kita sehingga daripada perkara yang paling
susah untuk dijaga iaitu berupa bisikan, hasutan, pujukan halus (waswas) yang
tidak nampak dan disedari.
3. Jangan lupa pihak yang suka menghasut kita bukan setakat si syaitan makhluk
halus. Bahkan yang lebih bahaya ialah syaitan manusia. Mereka mungkin teman
atau saudara kita yang disayangi, malah individu yang kita segani. Betapa ramai
orang yang melakukan keburukan kerana terpengaruh dengan kata-kata, nasihat dan
buah fikiran orang di sekeliling mereka.
4. Jadikan surah ini sebagai ayat pelindung diri sebagaimana Nabi. Tidak
lagi teruja dengan aneka pelindung khurafat yang lain sama ada berupa tangkal,
azimat, jampi mentera dan sebagainya.
ANEKDOT
Rasulullah sendiri amalkan
Uqbah bin Amir
menceritakan:”Semasa aku bermusafir bersama Rasulullah ketika itu kami berada
di antara Juhfah dengan Abwa’, tiba-tiba berlaku angina sangat kuatdan keadaan
menjadi sangat gelap.
Lalu Rasulullah pun membaca ayat
pelindung dengan qul a’uzubirabbilfalaq dan a’uzubirabbinnas. Kemudian Nabi berkata:” Wahai Uqbah, mohon
perlindungan dengan dua surah ini. Tidak ada ayat pelindung yang setara dengan
.” (Riwayat Abu Dawud)
Dalam
riwayat lain, Aisyah menceritakan: “Apabila Rasulullah sakit, Baginda akan
membacakan dua surah pelindung dan menghembuskan pada diri. Dan apabila
sakitnya semakin tenat, aku tolong membacakannya, kemudian menyapu tangan
Baginda sendiri mengharapkan keberkatannya.” ( Riwayat al-Bukhari)
## dipetik dari Majalah Solusi. Inspirasi
Kalamullah (ms 10) Solusi100.
Terbaik...
BalasPadam