SPI PAHANG

Jumaat, 7 April 2017

SEMINAR PEMERKASAAN SURAU AL-MAKMUR JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG TAHUN 2017



 Satu Seminar Pemerkasaan Surau Al-Makmur Jabatan Pendidikan Pahang Tahun 2017 telah diadakan di Auditorium Jabatan Pendidikan Pahang. Seminar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan maklumat pengurusan semua surau dan musalla yang menyertai Anugerah Surau Al-Makmur Pahang (ASAMP) kali ke 2 tahun 2017.




 Seminar ini telah dihadiri oleh semua wakil sekolah yang menyertai Anugerah Surau Al-Makmur Pahang (ASAMP) 2017.









Seminar dimulai dengan taklimat ' Anugerah Surau AL-Makmur Pahang (ASAMP) yang telah disampaikan oleh Encik Rusli bin Hassan, Penyelia Kanan Pengukuhan Budaya dan Nilai Islam, Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Pahang yang juga merupakan pegawai meja bagi anugerah tersebut.

Taklimat ASAMP 2017


Taklimat ' Anugerah Surau Imarah Sekolah-sekolah (ASISS) KPM 'pula telah disampaikan oleh Encik Abdul Rahman bin Che Soh, Penolong Pengarah, Unit Budaya dan Syiar Islam,Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.Beliau merupakan pegawai meja bagi ASISS KPM kali ke 5, 2017.

Taklimat ASISS


Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Haji Yazit bin Kechik, Ketua Sektor Pendidikan Islam, JabatanPendidikan Pahang seterusnya menyampaikan ucaptam dan merasmikan seminar tersebut.

Ucaptama Dan Perasmian Penutupan

Semoga seminar tersebut dalam memotivasikan semua yang hadir dalam gerak kerja memperkasakan surau dan musalla di sekolah masing-masing.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan