SPI PAHANG

Ahad, 9 April 2017

MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH CAMERON HIGHLANDS



CAMERON HIGHLANDS - Multaqa GPI Daerah Cameron Highlands bagi tahun 2017 telah diadakan pada 4 April 2017 di Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands. Multaqa ini telah dihadiri oleh guru-guru Pendidikan Islam rendah dan menengah dari seluruh daerah Cameron Highlands . Program yang bermula pada jam 2.00 petang ini dimulakan dengan penutupan perasmian kursus Iqra' GPI Cameron Highlands yang telah diadakan selama dua hari bermula Isnin. Program kemudiannya di sambung dengan taklimat PEKDIS oleh Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Ustaz Wan Mohd Asri bin Wan Abdullah. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan perasmian multaqa oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Tn Hj Ishak bin Othman.


 Pentas Multaqa GPI daerah Cameron Highlands di PPD Cameron Highlands.

 Sebahagian guru Pendidikan Islam yang hadir mengikuti kursus.

 Jualan amal PEKDIS diketuai oleh Ust Mazlan Mohamad.

 Antara barangan yang dijual untuk jualan amal PEKDIS.


 Kursus Iqra' yang dikendalikan oleh Dr Furqan .


 Ketibaan perasmi iaitu Tn Hj Ishak Othman, KPP Sektor Pendidikan Islam

 Pengacara majlis sedang menjalankan tugas.

 Sebahagian GPI yang menghadiri Multaqa GPI daerah Cameron Highlands.

 Bacaan doa sebagai pembukaan multaqa.

 Ucapan alu-aluan oleh Penyelia Kanan P.Islam PPD Cameron Highlands, 
Ust Khairul Sahrie bin Abd Rashid.

 Perasmian penutup Kursus Iqra' GPI Cameon Highlands oleh tuan KPP.

 Taklimat PEKDIS oleh Ust Wan Mohd Asri, Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam.

 Perasmian Multaqa GPI Cameron Highlands oleh Tn Hj Ishak Othman,
Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam.

 
 Penyelia Kanan dan Penyelia P.Islam PPD Cameron Highlands,
Ust Khairul Sahrie dan Ust Azlisham.

 Penyampaian sijil penghargaan kepada tuan rumah.

 Bergambar kenang-kenangan bersama GPI daerah Cameron Highlands.


 Bergambar kenang-kenangan bersama GPI daerah Cameron Highlands.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan