SPI PAHANG

Khamis, 20 Julai 2017

Majlis Khatam al-Quran Perdana dan Pertandingan Kalam Jamaie Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Pahang Tahun 2017



Tarikh :  
22 Julai 2017 / 28 Syawal 1438H

Tempat : 
SMK Seri Pekan, Pekan, Pahang.

Perasmian :  
YH Dato' Haji Rosdi bin Ismail
 Pengarah Pendidikan Pahang


Selasa, 18 Julai 2017

Mesyuarat Pengurusan Sektor Pendidikan Islam JPN Pahang bersama Unit Pendidikan Islam PPD Pahang Bil 2 /2017


Kuantan - Mesyuarat Pengurusan SPI Pahang bersama UPI PPD Pahang diadakan pada 18 dan 19 Julai 2017  di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk melaporkan aktiviti dan program yang telah dilaksanakan di peringkat SPI dan juga program-program yang telah dilaksanakan oleh UPI di peringkat daerah. Adalah diharapkan mesyuarat sebegini akan menjadi satu wadah untuk memartabatkan Pendidikan Islam di negeri Pahang.


Ucaptama pembukaan mesyuarat oleh Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam JPN Pahang Tn Hj Yazit bin Kechik.


Turut hadir Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam JPN Pahang Tn Hj Ishak bin Othman dan Ketua-ketua Unit di SPI.



Mesyuarat dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Sektor Pendidikan Islam JPN Pahang dan pegawai-pegawai dari Unit Pendidikan Islam PPD Pahang.