SPI PAHANG

Sabtu, 30 Disember 2017

PANDUAN PELAKSANAAN KELAS KKQ TAHUN 2018

Panduan pelaksanaan Kelas Khas kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran (KKQ) tingkatan 4 di Kelas Aliran Agama (KAA) serta tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) negeri Pahang tahun 2018. Sila klik pautan berikut untuk maklumat lanjut :

https://drive.google.com/open?id=1R5G6KRzpV9a0xoXi5jNYXSQ3vAkBuz-c

Jumaat, 17 November 2017

MESYUARAT PENGURUSAN SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM BIL 4/2017

KUANTAN - Mesyuarat Pengurusan SPI Bil 4/2017 telah diadakan pada 14-15 Oktober 2017 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang. Mesyuarat terakhir bagi tahun 2017 ini diadakan untuk membentangkan program dan aktiviti yang telah dijalankan oleh setiap unit dalam Sektor Pendidikan Islam pada bulan Julai hingga Oktober tahun ini.


Selasa, 17 Oktober 2017

Kejohanan Sukan Guru Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan 2017

PULAU PINANG - KSGPI peringkat kebangsaan tahun 2017 telah diadakan di negeri Pulau Pinang pada 15-17 Oktober 2017. Negeri Pahang telah menyertai semua acara yang dipertandingkan iaitu memanah, tenpin boling, ping pong, bola jaring dan badminton. Keputusan keseluruhan bagi negeri Pahang ialah 1 pingat emas dan 2 pingat perak. Tahniah dan syabas diucapkan.
















Ahad, 15 Oktober 2017

PROGRAM JEJAK JUARA KSGPI PAHANG 2017

Temerloh - Program Jejak Juara KSGPI Pahang 2017 adalah satu program perjumpaan di antara semua ahli kontinjen KSGPI Pahang yang akan bertanding di KSGPI peringkat kebangsaan di Pulau Pinang pada 15-17 Oktober 2017. Perjumpaan ini merupakan satu sesi untuk meningkatkan motivasi para pemain dan juga untuk merapatkan silarurrahim di antara semua yang terlibat dengan Kejohanan Sukan GPI pada kali ini. Adalah diharapkan program ini akan memberikan impak kepada semua peserta yang akan mewakili negeri Pahang ke peringkat kebangsaan dan akan diteruskan lagi pada tahun-tahun yang mendatang.

















Isnin, 2 Oktober 2017

KARNIVAL SUKAN GPI HARI KE 6

Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam Negeri Pahang 2017 | Acara Tenpin Boling | Megalanes , Kuantan | 01 Oktober 2017.