SPI PAHANG

Khamis, 30 Jun 2016

MAJLIS IFTAR JAMAIE JPN PAHANG 1437H

PEMANTAUAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1437H

Pemeriksaan Fail Berkaitan
Bersama Tuan Guru Besar

Bersama dengan GPI SK Kuala Mai Bahru

Satu program pemantauan telah dijalankan di SK Kuala Mai Bahru di daerah Temerloh. Pemantauan Ihya' Ramadhan ini telah dilakukan oleh En. Rusli Bin Hassan, Penyelia Kanan Pengukuhan Budaya dan Nilai Islam, Sektor Pendidikan Islam, JPN Pahang.

Hasil pemantauan mendapati pihak Panitia Pendidikan Islam SK Kuala Mai Bahru telah berjaya merancang dan melaksanakan Program Ihya' Ramadhan dengan jayanya. Kerjasama yang erat dalam kalangan warga SK Kuala Mai Bahru sangat membantu dalam menjayakan usaha murni ini.

Semoga semua usaha yang telah dilakasanakan akan membuahkan hasil yang positif kepada semua warga SK Kuala Mai Bahru dan mendapat keberkatan dari Allah. Tahniah.

PROGRAM TADARUS AL-QURAN , SPI, JPN PAHANG 2016.


  

Program Tadarus Al-Quran Surau Al-Falah JPN PAHANG.
8 Ramadhan 1437H

Rabu, 29 Jun 2016

MAJLIS TADARUS AL-QURAN, IFTAR JAMAIE DAN INFAQ RAMADHAN 1347H

انا لله وانا اليه راجعون.....



Dukacita dimaklumkan bahawa pegawai di Bahagian Pendidikan Islam, Allahyarham Mohamad Sayuti bin Omar, Ketua Unit Dakwah, Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam telah kembali ke Rahmatullah pada 26 Jun 2016 jam 10.45 pagi di Hospital Kulim, Kedah.

Allahyarham telah selamat disemadikan di Kg. Apal, Jertih, Terengganu.

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Selasa, 14 Jun 2016

SALAM RAMADAHAN

Hari ini 9 Ramadhan

Selamat berpuasa...

Daripada Sektor Pendidikan Islam Pahang