SPI PAHANG

Khamis, 13 April 2017

' BAITI JANNATI '

Berikut ialah 7 Prinsip Rumah Muslim.

1. Bersih.
Kebersihan merupakan ciri utama sebuah keluarga Muslim. Allah menyukai Muslim yang peka akan kebersihan dirinya. 

2.Teratur.
Setiap barangan dan perabot berada di tempat yang sesuai dan sepatutnya. Keteraturan akan menyenangkan mata yang melihat, apatah lagi jiwa yang berada di dalmnya.

3.Selesa.
Ruang di dalam rumah dan sekitarnya yang mencukupi untuk setiap ahli keluarga bergerak dengan bebas.

4.Tenang.
Jauh dari bunyi bising yang mengganggu kedamaian keluarga dan jiran tertangga.

5.Sederhana.
Tidak terlalu mewah dan membazir. Setiap perkara di dalam rumah mempunyai fungsi tertentu.

6.Sihat.
Semua saluran angin, saluran air dan pembuangan sampah dipastikan tidak menjejaskan kesihatan orang yang berada di dalam rumah.

7.Mesra dan ilmu dan ibadah.
Ibadah ialah objektif utama penciptaan manusia. Dan ilmu menjadi teras kesahihan ibadah tersebut. Justeru, ilmu dan ibadah selalu menjadi aspek terpenting yang mesti ada di dalam rumahnya.

##MajalahSolusi100 MS 41

Tiada ulasan:

Catat Ulasan