SPI PAHANG

Selasa, 18 April 2017

PELIK TAPI BENAR

Serigala Boleh Berkata-kata

     Daripada Abu Hurairah r.a seekor serigala datang kepada seorang gembala kambing. Kemudian serigala itu terus menerkam seekor kambing pengembala tersebut. Pengembala pantas berusaha merampas kambingnya daripada serigala, hingga berjaya menyelamatkan kambing tersebut.

     Tiba-tiba satu kejadian yang pelik berlaku. Serigala segera naik ke atas sebuah bukit dan berkata: Aku memperoleh rezekiku yang telah ditentukan oleh Allah. Patutkah engkau merampasnya daripadaku?"

     Pengembala itu terkejut mendengar haiwan itu berkata-kata, lantas dia bertanya:"Demi Allah! Aku tidak pernah melihat seekor serigala berkata-kata seperti yang ku lihat pada hari ini."

    Serigala itu berkata:"Bahkan yang lebih hairan lagi adalah jika kamu tidak percaya kepada seseorang yang berada di Madinah yang memberitahu kepada kamu tentang apa yang telah terjadi dan akan terjadi."

     Pengembala Yahudi itu kemudian datang memberitahu kepada Rasulullah pengalaman yang dialaminya itu lantas memeluk terus Islam.

    Nabi membenarkan apa yang diceritakan oleh si pengembala tersebut dan Baginda bersabda:"Itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda hari kiamat, kelak akan datang pula tanda-tanda yang lain, iaitu seseorang akan keluar dan apabila dia balik akan diberitahu oleh kasutnya atau cemetinya tentang apa yang telah terjadi kepada keluarganya sepanjang ketiadaannya."(Diadaptasi daripada riwayat dalam Musnad Ahmad bin Hanbal, Syarah Sunnah dan Jami' al-Kabir Lis Syayuti )

    Kisah ini berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. Sungguh menakjubkan,kisah seorang Yahudi pengembala kambingmendapat hidayah Islam hanya kerana seekor serigala.

    Menurut Abu Nuaym dalam kitab Dalail Nubuwah, kisah di atas berlaku kepada Uhban bin Aus al-Islami.

    KIsah--kisah seperti ini turut membenarkan tanda-tanda hari kiamat seperti yang disebutkan oleh Rasulullah iaitu apabila binatang nuas berbicara dengan manusia.

    Waalhua'lam

Dipetik daripada Majalah Solusi MS 57

Tiada ulasan:

Catat Ulasan