SPI PAHANG

Khamis, 4 Mei 2017

SMKA TENGKU AMPUAN HAJJAH AFZAN PAHANG (TAHAP)



SEJARAH PENUBUHAN
SMKA TENGKU AMPUAN HAJJAH AFZAN PAHANG

SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang telah diasaskan pada 01 Januari 1984 . Pelajar pada masa itu seramai 120 orang dengan tenaga pengajarnya seramai 11 orang. Pengetua yang pertama ialah Tuan Haji Mansor bin Abdul Kadir. Pada masa tersebut, sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Menengah Jerantut dan menggunakan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang.

Penubuhan ini merupakan SMKA yang ke-15 ditubuhkan di Malaysia.
Pada 08 Januari 1988, sekolah ini telah berpindah ke bangunan sekarang yang mempunyai prasarana dan kemudahan yang lengkap, bertempat di Kampung Temin, 4 km dari Bandar Jerantut. Kawasan sekolah sekarang seluas 17 hektar.

Perasmian sekolah telah disempurnakan oleh KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah pada 27 September 1988. Nama sekolah ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang. Ini bersempena nama Al-Marhum DYMM Tengku Ampuan Pahang iaitu Al-Marhumah Tengku Ampuan Hajjah Afzan binti Al-Marhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad

SENARAI PENGETUA

Tuan Haji Mansor bin Haji Abdul Kadir
01.01.1984  hingga  29.02.1989

Tuan Haji Marzuki bin Hamid
01.03.1089  hingga  15.08.1992

Encik Sallehudin bin Mansor
16.08.1992  hingga  31.08.1995

Tuan Haji Mansor bin Haji Abdul Kadir, AMN.
01.09.1995  hingga  15.03.1999

Tuan Haji Hamzah bin Mad. Salleh, AMN, AMP
16.05.1999  hingga  18.02.2004

Tuan Haji Mohd Nor bin Md.Tahir
01.08.2004  hingga  31.12.2006

Puan Hajah Robiah bt Hassan
01.01.2007  hingga  02.01.2012

Tuan Haji Dahari bin Ahmad
16.05.2012  hingga  06.08.2014

Tuan Haji S.Mahdzir bin S.Nordin
01.10.2014  hingga  sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan