SPI PAHANG

Khamis, 4 Mei 2017

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PAHANG (SMKAP)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PAHANG (SMKA PAHANG)



SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang terletak dalam daerah Rompin, di Bandar Muadzam Shah di atas tanah seluas 14 hektar. Mula menerima pelajar pada 26 Februari 1996. Kumpulan pertama pelajar yang mendaftar pada hari tersebut ialah seramai 133 orang manakala bilangan tenaga pengajar adalah seramai 13 orang. Sekolah ini menawarkan aliran agama, sains dan perdagangan. Pelajar-pelajar adalah dipilih khas oleh Jabatan Pendidikan Pahang dan menawarkan tempat dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam.

TOKOH-TOKOH UTAMA PENTADBIRAN

Pengetua-pengetua yang pernah dan sedang berkhidmat di SMK Agama Pahang, Muadzam Shah.

1. Ustaz Ismail Bin Ab Rahman (1995-2002) – Bersara wajib
2. Ustazah Hamimah Binti Ab. Rani (2003-2006) – Bersara wajib
3. Ustazah Hajjah Aminah Binti Idris (2007-2008) – Berpindah ke SMKA Persekutuan Kajang
4. Tn. Hj. Wan Said Bin Wan Salleh (2010-2011) – Berpindah SMKA Sheikh Abdul Malik
5. Ustazah Robiah Binti Othman (2011-2013) – Bersara wajib
6. YM Tengku Maznon Binti Tengku Othman (2013-2015) – Bersara pilihan
7. Dr. Hj. Abd Jalil Bin Ahmad (2015-2016) – Berpindah ke SMA Persekutuan Labu
8. Ustaz Hilmi Bin Hassan (2016-Sekarang)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan