SPI PAHANG

Khamis, 18 Januari 2018

MESYUARAT PENGURUSAN UNIT PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM BIL 1/2018


KUANTAN - Mesyuarat Pengurusan Unit Pengurusan Pendidikan Islam bil 1/2018 diadakan pada 18 Januari 2018 di Bilik Seri Jauhari, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang. Mesyuarat kali pertama bagi tahun 2018 ini adalah berfokuskan kepada penetapan Sasaran Kerja Utama, Key Performance Indicators dan perancangan program serta aktiviti bagi tahun 2018. Selain daripada itu, pegawai-pegawai unit juga turut membentangkan laporan masing-masing bagi bulan Januari 2018. Pengerusi mesyuarat merangkap Ketua Unit, Tn Hj Fatthul Mueim bin Bustaman mengingatkan semua pegawai agar terus komited dan cemerlang untuk tahun 2018 ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan