SPI PAHANG

Sabtu, 11 Mac 2017

Mesyuarat Pengurusan Sektor Pendidikan Islam bersama-sama Unit Pendidikan Islam PPD Pahang Bil.1/2017


Kuantan - Mesyuarat Pengurusan SPI bersama-sama UPI PPD Pahang telah diadakan pada 8 dan 9 Mac yang lalu di Bilik Seri Intan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang. Mesyuarat ini diadakan bagi melaporkan program-program yang telah dijalankan sehingga bulan Mac 2017 serta membincangkan perjalanan aktiviti Pendidikan Islam di negeri Pahang bagi tahun 2017. Mesyuarat ini melibatkan semua pegawai Sektor Pendidikan Islam JPN Pahang dan pegawai-pegawai terlibat dari semua PPD negeri Pahang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tn Hj Yazit bin Kechik, Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan