Situasi 1
“Saya sudah
bekerja bersungguh-sungguh, namun tidak ada apa-apa dari bos.”
Situasi 2
“Saya sudah
melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri sepenuh hati, namun suami tidak
menghargai.”
Situasi 3
“Saya telah
belajar sekuat hati, namun setiap kali peperiksaan saya gagal mendapat A.”
Ketiga-tiga
situasi di atas menggambarkan seseorang yang ada potensi diri untuk maju dan berjaya, namun belum mampu berupaya mengembangkannya untuk mengatasi sebarang
halangan. Apatah lagi untuk berhadapan dengan lingkungan yang lebih luas dan
masalah lebih kompleks.
Antara
petua untuk mengembangkan potensi diri adalah :
1.Bermula
Dengan Niat.
Berniatlah
untuk mencari keredhaan Allah dan dijauhkan daripada terlibat dengan maksiat,
kesombongan, ujub dan kemurkaan Allah. Jangan sekali-kali menzalimi orang lain
dan mengabaikan tanggungjawab asas seperti solat fardhu , menjaga ibu bapa,
mengurus rumah tangga dan sebagainya.
2.Kenali
Kekuatan Diri.
Senaraikan
soalan tentang diri dan jawab dengan jujur. Contohnya:
- Apa kekuatan dan kelebihan saya?
- Apa yang membuatkan saya bahagia?
- Apa yang ingin saya capai dalam hidup?
- Bagaimana saya boleh memberi manfaat kepada orang lain?
3.Tentukan
Sasaran Hidup.
Jangka
pendek seperti:
- Lulus peperiksaan.
- Dapat jawatan yang baik.
- Menubuhkan syarikat perniagaan.
- Bertemu jodoh yang sekufu.
- Memiliki kenderaan yang mantap.
- Memilik rumah yang selesa.
Jangka
panjang seperti :
- Kerjaya yang cemerlang.
- Tahap kewangan yang stabil.
- Kesihatan yang baik.
- Keluarga yang harmoni.
- Anak-anak soleh dan solehah.
- Dapat mengerjakan ibadah haji.
- Penutup kehidupan dalam husn al-khatimah.
4.Kenali
Motivasi Hidup.
Setiap
insan harus mempunyai motivasi diri untuk mencapai tujuan hidup. Tidak ada
apa-apa yang akan menghalang anda daripada mencapai hasil terbaik.
5.Berfikiran
Positif.
Ingatlah
bahawa Allah berserta dengan apa-apa yang anda sangka. Kita boleh capai apa-apa
yang minda kita gambarkan. Ahli motivasi berkata,” Untuk mencapai sesuatu
tahap, hantarkan minda anda terlebih dahulu ke tahap itu.”
Jangan
menyalahkan orang lain ketika menghadapi hambatan hidup. Yang penting sentiasa
menilai langkah dan tindakan anda. Kemudian terus melangkah lagi. Jangan
meletakkan hijab di hadapan laluan anda.
6.Jangan
Mengadili Diri Sendiri.
Setelah
anda berusaha dengan gigih, seandainya berlaku hambatan dan gagal mencapai
tujuan hidup, jangan meyesal dan menghukum diri sendiri berlarutan. Jadikan
kegagalan sebagai pengalaman dan bahan pelajaran yang berharga untuk terus
maju.
7.Selalu
Bertanya Orang Terdekat.
Selalulah
meminta pandangan ibu bapa, pasangan, ahli keluarga, kawan baik, jiran, guru,
bos atau orang bawahan. Orang yang paling tahu tentang diri kita ialah orang
terdekat. Ada ketikanya kita tidak menyedari potensi cemerlang yang kita
miliki. Kerana itu kita perlukan orang lain untuk menyedarkan diri kita.
8.Banyak
Membaca, Mengamati dan Merasai.
Sentiasa
mengembangkan potensi diri dan minda dengan ilmu, maklumat, pengetahuan dan isu
semasa melalui bacaan, tontonan, diskusi dan pemikiran. Bahan-bahan ini boleh
mengampuhkan potensi diri secara tanpa anda sedari.
Potensi
diri harus dicari dan digali, sama seperti minyak di dalam perut bumi. Kita
harus mencari lokasi yang tepat untuk menggali minyak. Kedalamnnya juga tidak
sama. Ada yang cepat ditemui, dan ada yang perlu menggali lama.
9.Miliki
Komitmen Yang Tinggi.
Tabiat
sambil lewa tidak akan mengubah gaya hidup seseorang. Hidup ini seperti menolak
objek di atas permukaan yang kesat. Lebih berat bebanan yang ditolak, lebih
banyak daya yang diperlukan untuk menggerakkan objek tersebut.
10.Jangan
Menganggap Orang Lain Remeh.
Menganggap
orang lain remeh hanya jalan keluar daripada kelemahan diri sendiri. Jangan
bersaing dengan orang yang lemah. Kita harus bersaing dengan diri sendiri
kerana itu merupakan potensi diri yang sebenar.
11.Menerima
Saranan dan Kritikan Dengan Hati Yang Terbuka.
Saranan dan
kritikan merupakan asam garam hidup. Orang menegur kita kerana mereka sayang diri
kita. Sifat buruk pada diri kita harus dicantas seperti mencantas pohon yang telah
rosak dari sebatang pokok untuk menyelamatkan pokok itu.
12.Istiqamah (
Konsisten )
Sentiasa
melakukan yang terbaik walaupun mudah. Titisan air yang lembut mampu mengukir
batu yang keras jika dilakukan berterusan. Stalaktit dan stalagmite dalam gua
batu kapur memakan masa ribuan tahun untuk terbentuk, namun mantap dan kukuh.
13.Yakin
Mampu.
Masalah
individu berpunca daripada kesukaran menerima diri sendiri seadanya.
Percayalah, semua orang mampu mengubah persepsi diri. Seorang yang mempunyai pandangan
rendah terhadap dirinya sendiri bukan bermakna telah ditakdirkan untuk
menjalani kehidupan yang malang dan penuh dengan kegagalan.
Orang yang
memilik keyakinan bahawa dirinya berpotensi, nampak seperti magnet terhadap
hasul usahanya. Pekerjaan yang mereka usahakan biasanya akan berjalan sehingga
selesai.
Sebaliknya
orang yang menjadi seperti magnet terhadap kegagalan dan ketidak berhasilan
akan terus gagal. Perancangan yang disusun menjadi berkecamuk. Tidak ada
perkara baik terlaksana pada diri mereka.
14.Jadikan
Tugas Sebagai Hobi.
Hobi ialah
sesuatu aktiviti yag dilakukan dengan sepenuh hati dengan keghairahan dan
semangat yang jitu tanpa diminta atau disuruh. Anda akan melakukannya secraa
sukarela tanpa dibayar, bahkan anda rela mengeluarkan wang sendiri. Hobi boleh
membawa kebahgiaan dan juga penghasilan. Perumpamaan Inggeris menyebut : “If
we do what we love, then money will follow.”
15.Mencuba
Perkara Baharu
Jangan leka
duduk dalam zon selesa. Cuba perkara baharu yang belum pernah kita lakukan.
Ziarahi orang baharu. Kunjungi tempat dan lokasi baharu. Pelajari kemahiran
baharu walaupun pada awalnya nampak susah. Mungkin dalam salah satu aktiviti
itu akan menampakkan potensi diri kita yang sebenar.
16.Kuasai
Bidang Yang Disukai.
Pelajari
dan kuasai bidang yang anda suka. Galilah ilmu pengetahuan sebanyak mungkin.
Dalami aspek tertentu. Jika perlu belajarlah secara jarak jauh, hujung minggu
atau secara formal di kolej. Setidak-tidaknya hadiri seminar, pelajari melalui
buku dan internet. Dengan belajar, potensi diri yang sudah anda miliki akan
berkembang menjadi kemahiran.
17.Bergaul
Dengan Orang Yang Berjaya.
Bergaullah
dengan lingkungan orang yang berjaya. Mungkin mereka senior anda. Mungkin
mereka memiliki minat yang sama dengan anda. Contohnya, anda ingn menjadi
seorang penulis yang lebih baik, maka bergabunglah dengan persatuan atau
kelompok penulis .
Dengan
bergaul, kita dapat saling mengasah kemampuan masing-masing. Peluang untuk
tampil dan menunjukkan kemampuan potensi diri akan terbuka.
18.Berani
Menampilkan Potensi Diri.
Jangan
teragak-agak untuk menampilkan potensi diri apabila anda merasakan anda
memilikinya. Potensi diri anda akan terus terbenam jika tidak ditonjolkan.
Orang lain tidak nampak.
Jadi,
serlahkan potensi untuk menjadi lebih baik. Diri tidak akan berubah selama
tidak digerakkan. Mulakan dengan mengamalkan petua-petua yang disebutkan tadi.
#Dipetik dari Majalah Solusi Isu56 MS 44-44
# Jom pakat-pakat amal...