PEKAN - Multaqa GPI Daerah Pekan bagi tahun 2017 telah diadakan pada 29 Mac 2017 di SMK Seri Pekan, Pekan. Multaqa ini telah dihadiri oleh guru-guru Pendidikan Islam rendah dan menengah dari seluruh daerah Pekan. Program yang bermula pada jam 12.00 tengahari ini dimulakan dengan aktiviti halaqah yang berlangsung di surau SMK Seri Pekan dan diikuti dengan solat Zohor secara berjamaah. Program kemudiannya di sambung semula di dewan SMK Seri Pekan pada jam 2.00 petang. Program pada sebelah petang dimulakan dengan ucapan oleh Timbalan PPD daerah Pekan iaitu En Nordin bin Jais dan seterusnya ucapan perasmian oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam Tn Hj Yazit bin Kechik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan