SPI PAHANG

Selasa, 20 November 2018

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2018 M/ 1440 H PERINGKAT NEGERI PAHANG

Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Pahang telah diadakan pada 20 November 2018 di Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan. Jabatan Pendidikan Negeri Pahang telah diwakili oleh Pengarah Pendidikan Pahang iaitu Dr Hj Tajuddin Mohd Yunus dan pegawai-pegawai Sektor Pendidikan Islam serta beberapa orang pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah negeri Pahang. 









Ahad, 14 Oktober 2018

KARNIVAL DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

Karnival Dakwah Sekolah-sekolah KPM peringkat kebangsaan telah berlangsung pada 13 - 15 November 2018 bertempat di SMK Sultanah Hajah Kalsom, Kuantan.












Isnin, 9 Julai 2018

BORANG DATA SAR KAFA UNTUK SEKOLAH YANG TERLIBAT DENGAN KAFA

Berikut adalah link kepada borang data SAR KAFA untuk semua sekolah yang terlibat dengan KAFA di negeri Pahang. Surat rasmi akan dihantar ke semua daerah untuk memaklumkan perkara ini. Borang ini boleh di muat turun di laman blog Sektor Pendidikan Islam melalui link di bawah. Borang ini juga boleh dimuat turun pada menu muat turun > Unit Pengurusan Institusi Pendidikan Agama > Borang SAR KAFA.

Borang yang telah siap diisi hendaklah di emel ke emel zamrispijpnp@gmail.com dan satu salinan hardcopy perlu juga dihantar ke Sektor Pendidikan Islam (u/p : Ust Mohamad Zamri bin Bakar, Penyelia Pengurusan SAR KAFA ). Data perlu dihantar 2 kali setahun iaitu pada bulan Februari dan September. Sekian, terima kasih.


BORANG DATA SAR KAFA

Khamis, 8 Februari 2018

BARISAN PEGAWAI SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JPN PAHANG 2018


Berdiri dari kiri belakang : Ust Mohd Zawawi bin Junus, Ust Ahmad Syukri bin Ali, Tn Hj Sabarno bin Hussin, Ust Rusli bin Hassan, Ust Mohamad Alzairy bin Zainudin, Ust Amran bin Amat, Ust Khosenulhan bin Ab Rahman, Ust Mohamad Zamri bin Bakar, Ust Mazlan bin Mohamad, Ust Nik Mohd Rozi bin Kasim dan Ust Mohamad Ridzuan bin Mohamad Zahidin.

Berdiri dari kiri depan : Ust Wan Mohd Asri bin Wan Abdullah, Tn Hj Hasdan bin Hassan (Ketua Unit Institusi Pendidikan Agama), Tn Hj Ishak bin Othman (Ketua Penolong Pengarah SPI), Tn Hj Yazit bin Kechik (Ketua Sektor SPI), Tn Hj Fatthul Mueim bin Bustaman (Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam), Ust Ahmad Maharudin bin Abas (Ketua Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam) Ust Mohd Saffuan bin Abd Jalil dan Ust Mohamed Danial bin Abu Samah.

Rabu, 24 Januari 2018

MESYUARAT PENGURUSAN SPI PAHANG BIL.1/2018

KUANTAN - Mesyuarat Pengurusan Sektor Pendidikan Islam Bil.1/2018 telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang pada 23 dan 24 Januari 2018. Mesyuarat kali pertama ini berfokuskan kepada pembentangan Sasaran Kerja Utama, Key Performance Indicators dan perancangan program serta aktiviti bagi tahun 2018. Selain daripada itu, ketua-ketua unit juga turut membentangkan laporan unit masing-masing bagi bulan Januari 2018.







Khamis, 18 Januari 2018

MESYUARAT PENGURUSAN UNIT PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM BIL 1/2018


KUANTAN - Mesyuarat Pengurusan Unit Pengurusan Pendidikan Islam bil 1/2018 diadakan pada 18 Januari 2018 di Bilik Seri Jauhari, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang. Mesyuarat kali pertama bagi tahun 2018 ini adalah berfokuskan kepada penetapan Sasaran Kerja Utama, Key Performance Indicators dan perancangan program serta aktiviti bagi tahun 2018. Selain daripada itu, pegawai-pegawai unit juga turut membentangkan laporan masing-masing bagi bulan Januari 2018. Pengerusi mesyuarat merangkap Ketua Unit, Tn Hj Fatthul Mueim bin Bustaman mengingatkan semua pegawai agar terus komited dan cemerlang untuk tahun 2018 ini.